3 Langkah Membanteras Scam

Tak Nak Scam

Kepada pengguna dan pengedar ONEXOX, anda dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati ketika melayari laman web dan melakukan transaksi dalam talian. Pastikan laman web yang dilayari adalah selamat dan berstatus https:// iaitu mempunyai tanda "padlock" seperti dibawah.

Onexox Secure Site


Ini adalah 3 langkah yang perlu anda lakukan untuk mengelak dan membanteras SCAM. Sentiasa berwaspada ketika melayari platform dalam talian. Jangan berkongsi butiran peribadi atau melayari laman web yang mencurigakan. Kenal pasti, semak dan laporkan kepada pihak berkuasa dengan segera jika sebarang aktiviti scam dikesan.

LANGKAH 01: KENAL PASTI 
Sewaktu berurusan dengan individu yang tidak dikenali, sentiasa berwaspada dan berhati-hati serta mempertimbangkan risiko bahawa individu tersebut mungkin seorang scammer. Apabila anda dapat mengenal pasti jenis scam atau scamer, anda boleh mengelak dari menjadi mangsa.

LANGKAH 02: SEMAK            
Apabila anda mengesyaki sesuatu maklumat atau individu/pihak merancang untuk melakukan penipuan, buat semakan dengan pihak berkuasa melalui saluran-saluran rasmi.

LANGKAH 03: LAPOR             
Sekiranya maklumat atau panggilan telefon kelihatan mencurigakan dan jika anda rasa anda telah menjadi mangsa scam, anda boleh menghubungi pihak berkuasa tempatan dan pihak polis. Anda juga perlu melaporkan sebarang aktiviti individu atau akaun yang mencurigakan kepada pihak Facebook, Instagram dan Whatsapp.

KENAL PASTI JENIS SCAM?
  • Penyamaran bank/Pihak berkuasa
  • Pinjaman tidak wujud/Akaun keldai/Sewa akaun bank/Kad ATM
  • Pelaburan Saham
  • Scam e-Dagang
  • Penipuan yang lain-lain.

Dapatkan info lanjut tentang scam di www.wethinkdigital.fb.com/my/en-my/taknakscam/
projekAJnetwork

EXCLUSIVE ONEXOX DEALER - EXPLORE ONEXOX PREPAID, ONEXOX BLACK, AND XOX eSIM DETAILS HERE!

Previous Post Next Post