Cara Topup / Bayar Bil Onexox Guna JomPAY

Cara Bayar Bil Onexox Guna JomPAY


Ada pelbagai cara untuk melakukan topup atau bayar bil ONEXOX anda. Salah satu cara ialah dengan membuat bayaran secara online menggunakan system JomPAY.


Untuk melakukan bayaran secara online menggunakan perkhidmatan JomPAY, anda hanya perlu login masuk ke internet banking anda dan pilih kaedah bayaran menggunakan JomPAY. 

Saya akan gunakan internet banking Maybank2u sebagai contoh. 

Jom rujuk langkah-langkah di bawah:


CARA TOPUP / BAYAR BIL GUNA JOMPAY

1. Login masuk ke internet banking Maybank2U anda.


2. Pergi ke menu "PAY & TRANSFER


3. Pilih "PAY


4. Di bahagian "Pay To" – pilih "JomPAY"


5. Masukkan "Biller Code"  - 70771 dan tekan ENTER


6. Seterusnya masukkan nombor ONEXOX anda di bahagian Ref-1, kosongkan bahagian Ref-2


7. Akhir sekali masukkan nilai topup / bayaran bil dan tekan butang "PAY"


8. Selesai. (Rujuk gambar dibawah)

**Sila semak baki anda di #150*1*. Simpan resit bukti pembayaran sebagai rujukan sekiranya ada berlaku masalah teknikal topup /bayar bil tidak berjaya.


Jompay Maybank2U


Jompay Maybank2U







FAKTA PENTING TENTANG JOMPAY


-Perkhidmatan JomPAY disediakan secara percuma untuk pelanggan membuat topup / bayar bil.

-Jompay boleh digunakan di semua perkhidmatan Internet Banking di Malaysia

-Tidak perlu mendaftar untuk menggunakan JomPAY. 

-Pastikan anda kenal pasti "Biller Code" yang betul sebelum membuat pembayaran.

-"Biller Code"  adalah nombor unik untuk mengenal pasti BillP JomPAY. "Biller Code" unik XOX ialah 70771.





projekAJnetwork

EXCLUSIVE ONEXOX DEALER - EXPLORE ONEXOX PREPAID, ONEXOX BLACK, AND XOX eSIM DETAILS HERE!

Previous Post Next Post