Kenali Simbol Kelajuan Internet Pada Telefon

Kelajuan Internet


Jom kenali simbol kelajuan internet pada telefon anda. 


2G - Hanya digunakan untuk penghantaran SMS dan MMS. Ia tidak boleh mengakses internet seperti biasa. Antara telefon yang menggunakan rangkaian 2G adalah Nokia 3310.


G - Dikenali sebagai GPRS (2.5G) hanya boleh menggunakan internet seperti aplikasi chatting Whatsapp dan laman web statik. Kadang kala, penggunaan yang berlebihan membuatkan kelajuan internet bertambah perlahan. Kelajuaan rangakaian G adalag 114kb per saat.


E - Dikenali sebagai EDGE (2.75G) ia menggunakan rangkaian internet yang lebih pantas berbanding rangkaian G tetapi agak sukar untuk mengakses laman web dinamik/moden atau menonton Youtube. Kelajuan rangkaian E adalah sekitar 217kb hingga 400kb per saat.


3G - Rangkaian internet pertama yang memberi sokongan internet secara umum seperti streaming lagu, muat turun video dan fail, emel dan lain-lain. Walaubagaimanapun penggunaan 3G yang lama akan menyebabkan data internet anda berkurang dengan lebih cepat. Kelajuan rangkaian 3G sekitar 384kb hingga 512kb per saat.


H - Dikenali sebagai HSPA, ia lebih laju berbanding 3G. Secara umumnya boleh melayari internet seperti biasa namun tidak cukup baik untuk memuat turun fail yang bersaiz besar serta memakan masa yang lama untuk proses muat turun. Kelajuan rangkaian H sekitar 1.8MB hingga 7.2MB per saat.


H+ - Dikenali sebagai HSPA+, ia mampu memberikan kepantasan internet yang lebih baik untuk anda melayari internet dengan kelajuan yang tinggi. Kelajuan rangkaian H + sekitar 4MB - 42MB per saat. 


4G dan 4G LTE - Ini adalah bentuk rangkaian terpantas yang dapat diperoleh sekarang. Hampir semua telefon pintar dilengkapi dengan rangkaian 4G/4G LTE untuk pengguna mengakses internet berkelajuan tinggi denag lebih mudah. Kelajuannya sekitar 12MB sehingga 100MB per saat.


5G - Dalam pembangunan. 



Simbol Kelajuan Internet

Evolusi rangkaian telefon telah berkembang maju dari masa ke masa dari  rangkaian internet 2G hingga 4G. 


Walaupun telefon pintar anda mempunyai sokongan rangkaian terpantas,  tidak bermaknaanda akan dapat 100% kelajuan yang disediakan.


Kekuatan dan kualiti kelajuan bergantung juga pada cuaca, pokok-pokok,  reka bentuk bangunan, tempat, kawasan geografi dan coverage network yang  anda gunakan.


Selain itu data internet tanpa sekatan kelajuan juga penting untuk anda  menikmati kelajuan internet yang maksimum.


Tahukah anda syarikat ONEXOX menawarkan servis INTERNET TANPA SEKATAN KELAJUAN!


Jom bertukar ke simkad ONEXOX PREPAID atau ONEXOX BLACK hari ini.


projekAJnetwork

EXCLUSIVE ONEXOX DEALER - EXPLORE ONEXOX PREPAID, ONEXOX BLACK, AND XOX eSIM DETAILS HERE!

Previous Post Next Post