Bantuan Data Internet Untuk PDPR

Bantuan Data PDPR


Kebanyakkan negeri-negeri di Malaysia masih  lagi berstatus Fasa 1 dengan keadaan Covid-19 yang sangat membimbangkan. Melihat pada statistik jangkitan harian yang dikeluarkan oleh pihak KKM, keadaan ini mungkin akan berlanjutan lebih lama lagi.

Ramai yang terkesan dari segi mental dan fizikal. Hilang punca pendapatan merupakan faktor utama dalam kes ini. Banyak usaha telah dilakukan oleh pihak-pihak individu, NGO dan Kerajaan untuk meringankan beban rakyat yang terkesan.

Ramai dalam kalangan pelajar di  Malaysia berasa ketinggalan hanya kerana mereka tiada akses internet.

Sukacita dimaklumkan bahawa satu program Corporate Social Responsibility (CSR) yang diberi nama "JOMBANTU" telah dilancarkan bermula 11 Ogos 2021 oleh syarikat XOX BERHAD & ONE XOX SDN BHD. 

Jom bantu terbuka kepada semua pengguna Onexox



JOMBANTU adalah satu program CSR yang diinisiatifkan oleh XOX BERHAD & ONE XOX SDN BHD bersama pengedar terpilih & pengguna berdaftar bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan bantuan DATA untuk sesi Pengajaran Dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).  Program JOMBANTU terbuka kepada semua pengguna Onexox.

Untuk memastikan keselamatan pelajar, sekolah perlu dilakukan secara online. Malangnya pelajar yang tidak berkemampuan akan ketinggalan kerana mereka tidak mempunyai cara untuk membeli pakej pelan mudah alih dengan data yang mencukupi untuk mengikuti kelas online sekolah mereka. 

JOMBANTU adalah usaha untuk membantu pelajar miskin dengan memberi sumbangan 10GB data internet setiap bulan kepada mereka.

Sebagai pengguna ONEXOX anda boleh sertai program JOMBANTU dan sumbangkan DATA anda menerusi menu USSD *150# atau Applikasi XOX BLACK

JOMBANTU bekerjasama rapat dengan pihak sekolah untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan Data bulanan.

Sebahagian dari rezeki kita adalah milik orang lain. Bersama kita hulurkan sumbangan di dalam membantu pelajar-pelajar yang memerlukan demi meneruskan pembelajaran mereka.

Bantu kami tolong mereka dengan sumbangan data internet anda. Sumbangan kecil anda amat besar nilainya kepada mereka. 

projekAJnetwork

EXCLUSIVE ONEXOX DEALER - EXPLORE ONEXOX PREPAID, ONEXOX BLACK, AND XOX eSIM DETAILS HERE!

Post a Comment

Previous Post Next Post