Jadi Pengedar Onexox Yang Berjaya

JADI PENGEDAR ONEXOX YANG BERJAYA


Secara jujur, perjalanan aku masih jauh kalau nak dibandingkan dengan pengedar-pengedar
Onexox yang telah berjaya. Namun, aku kekal istiqomah dan inshaAllah suatu hari nanti pasti akan capai impian yang aku inginkan. 

Untuk mengekalkan momentum anda perlu sentiasa mempunyai matlamat yang ingin dicapai.

Pandemik Covid-19 telah banyak mengubah cara kehidupan kita yang dulu bebas bergerak ke sana dan ke sini. Seperti peniaga-peniaga kecil yang lain, aku juga amat terkesan kerana tidak dapat melakukan aktiviti perniagaan di kaki lima bank dan pasar tani (rembo). 

Rembo Onexox
Antara pengalaman-pengalaman merembo

Sebelum Pandemik Covid-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti rembo untuk mempromosi simkad jimat Onexox merupakan acara rutin aku pada setiap Sabtu dan Ahad. Banyak kenangan manis dan pahit yang aku lalui sepanjang rembo di kaki lima. Alhamdulillah, banyak juga simkad Onexox yang berjaya dijual. 

Dalam kehidupan kita akan sentiasa diuji. Walau apapun yang berlaku, jangan mengalah dengan cabaran dan dugaan yang menimpa.

Malangnya apabila bermula tempoh PKP 1.0, aktiviti merembo tidak dapat diteruskan dan jualan simkad Onexox telah merosot. Ini amat membimbangkan. Berbagai usaha telah aku lakukan untuk meningkatkan jualan dan salah satu usaha yang telah aku lakukan ialah dengan mempromosi simkad Onexox secara 'online'. 

Pihak syarikat juga telah memperkenalkan 'Onexox Online Store Affiliate Program' bertujuan untuk membantu para pengedar meningkatkan jualan secara 'online' dengan lebih berkesan. 

Setiap pengedar Onexox akan diberi satu pautan affiliate yang unik dimana belian simkad secara 'online' akan direkod terus di bawah hiriki pengedar. User beli, HQ proses dan hantar, user daftar, pengedar terima komisen. 

Scan QR code dibawah untuk contoh pautan affiliate Onexox.

ONEXOX ONLINE STORE QR CODE
Scan di sini!

Kejayaan itu bukan kebetulan, ia hasil kerja keras. Seseorang yang berjaya bukan kerana tak pernah gagal tapi dia tak pernah berhenti. 

Onexox Authorised Dealer

projekAJnetwork

EXCLUSIVE ONEXOX DEALER - EXPLORE ONEXOX PREPAID, ONEXOX BLACK, AND XOX eSIM DETAILS HERE!

Post a Comment

Previous Post Next Post